fbpx

Bot nelayan tempatan dikendali warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kru warga asing ditahan pasukan APMM di perairan Pulau Pinang, semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) kelas C yang dikendalikan kru warga asing tanpa dokumen yang sah semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim, S. Nak Rong berkata, bot berkenaan ditahan di kedudukan 29.07 kilometer dari Pulau Kendi pada pukul 10.50 pagi.

“Semasa rondaan rutin di perairan Pulau Kendi, pasukan bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan (BNT) dan telah merapat untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong dimana seorang kru merupakan warga tempatan dan empat kru lagi adalah warga Myanmar,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, kru warga asing yang berada di atas bot terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan berumur antara 22 hingga 41 tahun.

“BNT tersebut kemudian ditahan dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah.

“Empat kru warga asing turut direman selama 14 hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, bot dan hasil tangkapan ikan campur dianggarkan 200 kilogram kesemuanya dianggarkan bernilai RM600 ditahan serta dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Batu Uban untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI