fbpx

Ancaman terhadap Sanusi, polis panggil Ahli Parlimen hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol ketika ditemui pemberita selepas meninjau proses pengundian awal kakitangannya di IPK Kedah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Polis akan memanggil seorang Ahli Parlimen dari negeri ini pada hari ini untuk memberi keterangan berhubung dakwaan ancaman keselamatan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, setakat ini pihaknya mengambil keterangan daripada empat individu yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman tersebut di Sungai Petani, baru-baru ini.

“Semalam, kita menerima sebanyak empat laporan polis mengenai satu hantaran yang dimuat naik di media sosial.

“Kita buka empat kes di Sungai Petani mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mendatangkan khianat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal kakitangannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Kata beliau, tahap keselamatan dan perjalanan kempen pada masa ini berlangsung dalam keadaan sangat harmoni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI