fbpx

Lelaki ditangkap bakar bendera parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang lelaki ditangkap selepas melakukan khianat terhadap bendera Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan berkata, tangkapan lelaki berusia 50an itu susulan bendera parti tersebut dibakar dan merosakkan serta mengoyakkan kain rentang di Taman Damai, Batu Arang.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Sebanyak 67 laporan telah diterima setakat semalam dan dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Selebihnya 65 laporan diklasifikan sebagai No Offence Disclosed (NOD) iaitu laporan polis dibuat tiada berlakunya apa-apa kesalahan dan tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, laporan polis NOD itu merupakan laporan yang dibuat pasukan Ops Cantas yang melakukan pemeriksaan di lokasi-lokasi sepanjang PRN Selangor.

Tambah Mohd. Zaini, hasil pemeriksaan turut mendapati tiga kempen dijalankan tanpa permit daripada keseluruhan 384 kempen dan ceramah di Selangor ketika ini.

“Semua calon parti serta penganjur diingatkan memastikan ceramah diadakan tidak menyentuh isu-isu sensitif dan fitnah.

“Di samping itu tidak menaik turun (isu-isu sensitif) dalam media sosial seperti aplikasi TikTok dan sebagainya yang boleh mendatangkan provokasi kepada parti lain yang boleh disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI