fbpx

Kebebasan bersuara terhad kepada menyokong kerajaan – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir

PETALING JAYA – Kebebasan rakyat di negara ini untuk bersuara disifatkan terhad hanya kepada menyokong kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu dilihat bertentangan dengan laungan reformasi yang dituntut Anwar sebelum ini.

Menurutnya, di masa ini terutama ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 sedang berlangsung, kenyataan yang benar daripada segi sejarah dianggap sebagai hasutan.

Katanya, dengan larangan perkauman, agama dan Institusi Diraja (3R), kini mulut rakyat seakan ditutup.

“Dahulu semasa PMX (Anwar) berada di luar kerajaan, laungan reformasi dijerit-jerit. Antara reformasi yang dituntut ialah kebebasan bersuara dan kebebasan media cetak.

“Sekarang kebebasan bersuara terhad kepada menyokong kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak yang cuba bertindak melampau dengan memainkan isu 3R.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pihak terbabit yang mahu menyemai bibit perpecahan dan mencabar Perlembagaan, tidak lagi boleh dibiarkan.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengambil tindakan mengikut perundangan tanpa mengira pangkat atau kaum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI