fbpx

Isu gaji minimum lepasan ijazah dibincang minggu depan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

SEBERANG PERAI – Isu berkaitan kadar gaji lepasan ijazah yang dikatakan merosot sehingga ke paras minimum akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Gaji dan Pencen Penjawat Awam, minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri akan mempengerusikan mesyuarat itu nanti.

“Semua perkara ini (termasuk gaji lepasan ijazah) kita akan ambil kira dan sudah dijelaskan. Umumnya, kadar upah atau gaji penjawat awam rendah, termasuk polis serta tentera, termasuk yang tidak berpencen.

“Secara tradisinya sebelum ini, adalah untuk mengadakan penyelarasan (gaji) setiap 10 tahun. Namun, kini sudah menjangkau 12 tahun jawatankuasa itu tak bermesyuarat.

“Ini semua kita akan masukkan (pada mesyuarat minggu hadapan) dan Insya-Allah (penyelarasan gaji) tertakluk kepada keupayaan ekonomi. Kita naikkan secara berperingkat,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke-16 bertemakan ‘Ketahanan dan Keterangkuman dalam Memacu Pemulihan Ekonomi di Era Ketidakpastian Geopolitik di Butterworth di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bimbang melihat kecenderungan gaji permulaan lepasan ijazah di negara ini tidak jauh beza berbanding paras gaji minimum pekerja tidak mahir, iaitu RM1,500 sebulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI