fbpx

[VIDEO] Tiada lesen fizikal, dua pemuda Malaysia tak puas hati disaman di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dua lelaki warga Malaysia menunjukkan saman selepas gagal mempamerkan lesen memandu secara fizikal di Thailand.

PETALING JAYA – Dua lelaki warga Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan tindakan saman oleh pihak berkuasa Thailand meskipun sudah mempamerkan lesen memandu digital yang dimiliki mereka.

Menerusi perkongsian di Twitter Acapkay, dia menjelaskan situasi tersebut yang dialami bersama rakannya selepas ditahan ketika menunggang motosikal di sebuah daerah dalam negara terbabit.

“Kalau bawa kenderaan ke Thailand, polis sana mintak fizikal kad, kalau tiada boleh kena saman.

“Puas aku terangkan yang Malaysia dah tak pakai kad fizikal. Dia kata tak boleh, akhirnya aku dengan Iqbal Asyraff kena saman,” ciapnya, semalam.

Difahamkan, individu warga Malaysia yang memandu di Thailand tidak memerlukan lesen antarabangsa, sebaliknya hanya perlu memiliki lesen sah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagaimanapun, pada Februari lalu, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan mengumumkan bahawa Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) persendirian diubah kepada mod paparan digital secara berperingkat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, paparan digital tersebut boleh didapati melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi MyJPJ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI