fbpx

PRN: Tentera Darat sedia tempatkan anggota semasa proses pengundian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Muhammad Fauzi (kiri) bertemu dengan anggota Usarpac selepas Penutup Eksesais Keris Strike Siri 28/23 di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Tentera Darat (TDM) sedia menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi melancarkan lagi perjalanan pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Panglima Medan Barat TDM, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 27 kawasan DUN di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang dan bersedia menempatkan pegawai serta anggota sekiranya perlu berbuat demikian.

“Seperti kebiasaannya semasa musim pilihan raya, TDM sentiasa membuat persiapan bagi membantu penugasan berkaitan mengikut kawasan di bawah Pemerintah Medan Barat TDM.

“Ia melibatkan enam kawasan DUN masing-masing di Kelantan dan Kedah, Pulau Pinang (tujuh) dan Terengganu (lapan),” katanya pada sidang akhbar selepas Penutup Eksesais Keris Strike Siri 28/23 di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini hari ini.

Tengku Muhammad Fauzi memberitahu, pada masa sama, TDM turut berhubung dengan ketua polis daerah di kawasan terlibat bagi melancarkan penugasan semasa PRN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI