fbpx

PRN: Afiq Amani keluar UMNO atas kerelaan sendiri, bukan ikut bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Afiq Amani ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Tan Sri Abdul Hadi Awang di Seri Puri, Bukit Marak di Ketereh hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar yang membuat keputusan mengejut keluar daripada parti itu mahu berehat daripada arena politik tanah air.

Afiq Amani yang juga anak kepada Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat keadaan UMNO kini yang dilihat sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar.

Menurutnya, perkara itu jelas dilihat selepas UMNO mengambil keputusan untuk bersama di dalam Kerajaan Perpaduan sehingga mengetepikan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MIC dan MCA.

“Pertama, saya melihat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang mempertahankan kenyataan berbau perkauman yang dibuat oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

“Bagi saya, untuk berada di dalam kepimpinan dan memperjuangkan itu agar sukar. Jadi, saya memilih untuk meletakkan jawatan dan melepaskan keahlian selain berehat daripada arena politik,” katanya ketika ditemui pemberita Majlis Ramah Mesra Bersama Tan Sri Abdul Hadi Awang di Seri Puri, Bukit Marak di sini hari ini.

Afiq Amani memberitahu, segala keputusan untuk keluar daripada parti itu adalah daripada dirinya sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

Katanya, dia cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri meskipun ada pihak yang mengaitkannya dengan ayahnya, Annuar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI