fbpx

Duo terjun negara raih perak Universiade

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIMBERLY (kiri) dan Ker Ying cemerlang meraih pingat perak dalam acara 3m papan anjal seirama Universiade Chengdu di Pusat Sukan dan Kebudayaan Natatorium Jiangyang sebentar tadi. - SUKAN IPT

PUTRAJAYA – Kontinjen Malaysia terus cemerlang apabila merangkul pingat perak menerusi gandingan terjun, Kimberly Bong dan Ong Ker Ying pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China sebentar tadi.

Kimberly-Ker Ying meraih kejayaan itu menerusi kutipan 257.82 mata pada aksi final tiga meter (m) papan anjal seirama yang berlangsung di Pusat Sukan dan Kebudayaan Natatorium Jiangyang.

“Kami sangat teruja, gembira dan berpuas hati kerana kami tak pernah berganding bersama. Kami cuma sempat berlatih bersama dalam tempoh dua minggu dan juga ketika tiba di sini.

“Mungkin salah satu faktor kejayaan kami adalah disebabkan kami berdua sudah ada chemistry, jadi ia membolehkan kami meraih outcome yang sangat baik di sini,” kata Kimberly.

KIMBERLY (kiri) dan Ker Ying masih berjaya menuai pingat perak walaupun tidak mempunyai banyak masa berlatih bersama. – SUKAN IPT

Hasrat Kimberly-Ker Ying untuk meraih pingat emas tidak kesampaian apabila ketinggalan jauh di belakang pasangan China, Chen Jia-Yang Ruulin yang memungut 330.75 mata keseluruhan.

 

Pingat gangsa acara itu pula dimenangi gandingan Itali, Neroni Elettra-Borello Matildo yang meraih 237.30 mata.

Begitupun, kejayaan itu berjaya memperbaiki pencapaian pernah dilakar skuad terjun negara melalui Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Datuk Leong Mun Yee yang meraih pingat gangsa edisi Universiade Shenzhen 2011.

Secara keseluruhan, kontinjen negara sudah berjaya mengutip satu pingat emas, satu perak dan empat gangsa sepanjang edisi Universiade Chengdu kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI