fbpx
Tangkap layar video yang dikongsikan keyrolohcong, kelmarin.

[VIDEO] Pelajar ditinggal keluarga di R&R ketika dalam perjalanan daftar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gara-gara tidak memberitahu pergi ke tandas, sebuah keluarga secara tidak sengaja meninggalkan seorang pelajar lelaki di kawasan Hentian Rehat Dan Rawat (R&R) ketika dalam perjalan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) GambangĀ  di Pahang, baru-baru ini.

Menurut pengguna Tiktok @keyrolahcong, kejadian berkenaan berlaku ketika dia dan keluarga dalam perjalanan menghantar adik lelakinya itu untuk sesi pendaftaran universiti terbabit.

ā€œDalam perjalanan hantar adik nak daftar UIA Gambang, tiba-tiba Umi berhenti tepi jalan bagitahu adik tertinggal di R&R. Tertinggal sebab tak perasan dia keluar pergi tandas.

ā€œMasuk kereta terus jalan sampailah adik aku telefon dan tanya kenapa tinggalkan dia. Baru kami perasan yang dia tiada di belakang.

ā€œKalau dia tertinggal telefon dalam kereta aku rasa sampai sana baru perasan dia tiada,ā€ tulisnya dalam video terbabit.

Kip video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di Tiktok @keyrolahcong, telah mendapat lebih 3 juta tontonan dan 231,000 suka.

Menjengah ruangan komen di TikToknya, ramai penonton terhibur dengan gelagat keluarga itu yang tertinggal ā€˜watak utama’ selain turut berkongsi pengalaman ditinggalkan apabila keluar bersama keluarga.

ā€œSelalu risau kalau jadi dekat anak kecil, rupanya anak dah besar pun boleh jadi lagi,ā€ tulis Nfaizahcha.

ā€œKenapa ditinggalkan watak utama dalam cerita ni. Tukar Uminya je daftar masuk UIA,ā€ seloroh OppaAidil.

ā€œSteady dik, kalau akak ni dah menangis memberontak tinggal aku di R&R,ā€ komen Kai. – KOSMO! ONLINE.

@keyrolahcongnk pergi hantar adik, adik plk tertinggal kt rnr šŸ˜‚šŸ˜‚šŸ˜‚

♬ Funny Song – Cavendish Music

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN