fbpx

Kes jurufoto wanita diganggu lelaki 8 tahun dirujuk TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kes melibatkan seorang jurugambar wanita yang mendakwa diganggu lelaki selama hampir lapan tahun telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan kes itu sudah dilengkapkan selepas keterangan lelaki tersebut diambil.

“Kita sudah mengambil keterangan suspek termasuk laporan kesihatan yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

“Kes sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam dan sekarang menunggu untuk mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan lelaki yang didakwa mengganggu jurugambar wanita seperti yang tular sebelum ini ditahan di Hospital Kuala Lumpur ketika mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan mendapati, lelaki tempatan berusia 37 tahun yang menetap di Shah Alam itu menggunakan akaun Instagram dan Twitter untuk mengganggu mangsa.

Dia turut meningalkan mesej ayat-ayat cinta dan lucah sehingga menyebabkan mangsa berasa tidak selesa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia (AKM) 1998.

Dalam pada itu, Acacia Diana sebelum ini menarik perhatian netizen apabila mendedahkan nasib dirinya yang hidup dalam ketakutan selama lapan tahun gara-gara diganggu seorang lelaki di media sosial.

Pendedahan itu juga menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang menggesa Acacia untuk menyerahkan bukti termasuk laporan polis dan tangkap layar menerusi e-mel rasmi untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI