fbpx

K2

Hukum hantaran yang dijanjikan gagal dilunas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adat memberi hantaran sudah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu sehingga sukar dihakis. – Gambar hiasan

Saya ada satu kemusykilan berkaitan wang hantaran daripada pihak lelaki yang sepatutnya diberikan kepada pihak perempuan tetapi tidak diberikan. Ketika bertunang, pihak lelaki berjanji untuk memberikan wang hantaran kepada pihak perempuan pada hari pernikahan sebanyak RM15,000. Kini sudah empat tahun mereka berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Soalan saya, apakah hukum jika pihak lelaki sehingga sekarang tidak beri wang hantaran seperti dijanjikan?

JAWAPAN: Dalam masyarakat Melayu, amalan adat memberi hantaran atau belanja hangus perlu dibezakan dengan mahar. Apa itu hantaran? Hantaran adalah pemberian atau hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pasangannya semasa majlis akad nikah.

Apa yang paling penting, pemberian mas kahwin adalah wajib, manakala pemberian wang hantaran tidak wajib.

Adat memberi wang hantaran telah diamalkan berkurun lamanya sehinggakan sukar untuk dihakis.

Ia juga menyebabkan orang tersalah tafsir dan keliru yang mana wajib dan mengikut sunnah dan yang mana adat yang boleh ditinggalkan.

Jika hantaran dijadikan mahar, ia boleh menjamin masa depan pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan itu sendiri. Wang hantaran dan segala pemberian bukan sesuatu yang wajib, namun jika ia dijanjikan semasa majlis pertunangan dan menjadi syarat kepada pernikahan, maka ia boleh dituntut jika pasangan tidak jadi berkahwin atau putus tunang. Ia juga boleh dituntut berasaskan janji (kontrak) pertunangan jika pasangan bernikah.

Apa pun, jika pasangan yang ingin berkahwin mengikat janji dengan sepenuh keikhlasan dan amanah, isu wang hantaran tidak mencukupi atau tidak dipenuhi tidak timbul. Namun, jika setelah perkahwinan berlangsung dan pasangan tersebut telah reda meredai sesama mereka, maka terpulanglah kepada mereka. Kesimpulannya, Islam hanya menetapkan mahar di dalam perkahwinan.

Adapun hantaran berupa wang atau barang, ia tertakluk kepada budi bicara dan perbincangan di antara kedua-dua belah pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI