fbpx

Pengantin perempuan lari ikut bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan sanggup tinggalkan suami di majlis pernikahan akibat terkenang bekas kekasih – EVA.VN

HONG KONG  – Seorang pengantin perempuan nekad meninggalkan pengantin lelaki pada hari perkahwinan mereka dan melarikan diri bersama bekas kekasihnya, lapor laman berita Suryamalang semalam. 

Wanita tidak didedahkan identitinya itu tidak menyangka bekas teman lelakinya akan hadir ke majlis tersebut. Oleh kerana masih terkenang dan dilanda perasaan kasihan, dia sanggup meninggalkan bakal suaminya sebelum sempat berumah tangga. 

Sikap pengantin perempuan membuat keluarga pengantin lelaki malu dan kecewa.

Kisah tersebut menjadi tular dan dan mendapat pelbagai komen netizen.

Pada awalnya, pengantin perempuan dilaporkan bersedia untuk berkahwin dengan bakal suaminya di sebuah hotel sebelum mereka mendengar situasi kecoh di  luar.

Pengantin perempuan keluar untuk melihat apa yang berlaku, namun terkejut melihat  bekas teman lelakinya hadir dan turut memakai baju pengantin. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI