fbpx

Timothée Chalamet hamilkan Kylie Jenner?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KYLIE JENNER kini dikatakan hamil anak Timothée Chalamet.

SELEBRITI media sosial popular, Kylie Jenner dikatakan kini sedang hamil hasil hubungan dengan pasangan yang juga pelakon, Timothée Chalamet.

Selepas hubungan dengan pasangan lama, Travis Scott menemui jalan noktah, Kylie terus mencuri perhatian dunia dengan berita terbabit biarpun tuan punya badan masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi.

Ramai dalam kalangan peminat yang tumpang gembira dengan khabar angin tersebut, namun ada juga yang membangkang kerana terlalu ‘sayangkan’ Timothée.

Kebanyakan mereka sehingga kini masih belum mampu menelan realiti bintang filem Dune itu tergamak menjalin hubungan cinta dengan ahli keluarga Kardashians tersebut.

“Timothée pelakon yang hebat, tolong jangan buang masa dengan Kylie.

“Sekarang timbul pula ura-ura mengatakan Kylie kini hamil anak Timothée. Parah,” demikian antara pendapat dilontarkan peminat.

Bagaimanapun, menurut sumber kepada US Weekly, berita kehamilan Kylie hanya sekadar khabar angin dan tiada pengesahan yang sah daripada wakil kedua-dua bintang itu.

Sebelum ini, hasil hubungan dengan Travis, Kylie melahirkan dua cahaya mata, iaitu Stormi dan Aire Webster.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI