fbpx

Bapa buang bayi dalam semak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi perempuan yang dijumpai setelah dibuang di semak kawasan perumahan di Lorong 19 Cahaya Damai, Bandar Baru Samariang.

KUCHING – Polis menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan bayi perempuan di dalam semak kawasan perumahan di Lorong 19 Cahaya Damai, Bandar Baru Samariang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditangkap di kawasan Kuching kira-kira pukul 11.05 pagi kerana disyaki bertanggungjawab menghamilkan kekasihnya.

“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun, dan juga akan dihukum dengan sebatan,” katanya hari ini.

Alexson berkata, penahanan suspek dibuat selepas pihaknya berjaya mengesan dan menangkap ibu bayi itu yang berusia 14 tahun di kawasan Matang pada pukul 8 malam, Rabu lalu.

Ujarnya, ia selepas pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bayi perempuan itu daripada orang awam kira-kira pukul 9 pagi.

“Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan lanjut dan akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara, video penemuan bayi itu turut tular di media sosial, yang menunjukkan bayi itu masih hidup dan bertali pusat.

Difahamkan, bayi berkenaan ditemui dalam beg plastik selepas penduduk mendengar tangisannya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI