fbpx

Hamilkan perempuan luar nikah? Bukan Ismail Izzani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA dengan nama akaun @hatibushuk menafikan bahawa Ismail Izzani yang membuntingkan dirinya.

PETALING JAYA – Wanita yang mendakwa hamil anak luar nikah hasil hubungan dengan artis lelaki popular menafikan bahawa selebriti yang dimaksudkan adalah penyanyi yang juga elakon, Ismail Izzani.

Menerusi jawapan yang ditinggalkan dalam TikTok bernama @hatibushuk, wanita berkenaan membalas ‘bayangan’ yang ditinggalkan salah seorang netizen apabila memberi gambaran artis yang dimaksudkan itu adalah ‘Nobita’.

Dalam masa sama, Ismail atau nama lengkapnya Ismail Izzani Zainal Nazeri kini disamakan dengan karakter dari animasi popular, Doraemon itu impak wataknya sebagai hero menerusi drama bersiri Bukan Hanya Sekadar Cinta.

“Bukan Ismail Izzani,” tulis wanita itu ringkas.

Wanita ‘misteri’ yang diketahui identiti sebenar itu juga memaklumkan akan memadam akaun TikTok miliknya dan memberitahu apa yang dikecohkan tentanh kehamilannya adalah tidak benar.

“Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini dari mula. Saya akan memadam akaun ini kerana sebenarnya tidak benar. Wassalam,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, akaun TikTok tersebut masih lagi wujud dan dibanjiri dengan pelbagai komen yang mendakwa wanita berkenaan membuat pusingan ‘U’ seolah-olah selepas menerima ugutan daripada pihak tertentu.

“Mesti kena ugut,” komen seorang netizen.

“Kasihan dia. Mungkin kena ugut,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

Semalam ibu kepada Ismail, Datin Suliza Salam dalam satu kenyatannya menafikan bahawa anaknya yang menyebabkan kehamilan wanita terbabit.

Kata Suliza, dia tidak terkejut dengan tuduhan tersebut kerana hal sama bukan kali pertama terjadi terhadap Ismail.

Sejak semalam kecoh apabila seorang wanita mendakwa dia hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular tanah air.

Rata-rata netizen yang tertanya-tanya tentang gerangan artis yang dimaksudkan itu memetik nama Ismail Izzani berikutan penyanyi itu sebelum ini pernah terpalit dengan banyak kontroversi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI