fbpx

Pemilik kedai minta pembeli cari cincin melekat pada biskut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CINCIN berlian perkahwinan Monroe hilang dipercayai terselit dalam biskut yang dibakarnya. - Foto Sis Sweets Cookies & Cafe

WASHINGTON – Seorang pemilik kedai biskut merayu kepada pembeli untuk mengesan cincin perkahwinannya yang hilang, dipercayai melekat pada adunan, lapor akhbar Metro UK semalam.

Dawn ‘Sis’ Monroe, merupakan pemilik Kedai Sis Sweets Cookies & Cafe di Leavenworth, Kansas.

Dia percaya cincin berlian bernilai AS$4,000 (RM19,099) miliknya mungkin secara tidak sengaja termasuk ke dalam adunan biskut semasa bekerja di kedai itu.

Dalam catatan di Facebook, Monroe menulis: “Bonus jika anda membeli biskut hari ini. Berlian (cincin) saya hilang. Saya tidak diwajibkan memakai sarung tangan apabila membakar (biskut). Hati saya sangat hancur. Ia tersarung di jari saya selama 36 tahun.”

Tambah Monroe, sejurus menyedari cincin itu hilang, dia mencarinya di dapur kedai dan sekitar premis tersebut.

“Maaf jika anda menjumpainya. Saya tidak pernah membuka cincin itu dalam keadaan apa sekali pun,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI