fbpx

Henti kempen seketika jika dijangkiti influenza – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha pada sidang akhbar selepas sesi perjumpaan bersama Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (MAPSU KKM) di Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Calon dan jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak mendedahkan diri kepada komuniti jika dijangkiti influenza.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, sekiranya perlu, calon terutamanya perlu berehat seketika daripada menyertai kempen bagi mengelak jangkitan kepada pihak lain.

Beliau berkata, setiap calon dan jentera kempen pilihan raya perlu bertanggungjawab untuk diri sendiri dan masyarakat jika dijangkiti.

“Kita sedar influenza adalah penyakit berjangkit. Jika ada gejala, cepat jumpa doktor dan lakukan kawalan kendiri seperti memakai pelitup muka terutama ketika berada di khalayak.

“Kita menggalakkan mereka yang mempunyai gejala supaya melakukan ujian dan saringan kesihatan malah jika perlu berhenti seketika daripada berkempen,” katanya selepas sesi perjumpaan dengan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan disahkan dijangkiti influenza dan dinasihatkan untuk berehat daripada siri kempen selama tiga hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI