fbpx

PRN: Pengantin baharu dan jemaah haji dapat habuan, janji PH-BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan calon PH-BN pada PRN ketika Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon Perpaduan di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.

SEBERANG PERAI – Bantuan RM1,000 kepada setiap jemaah haji dalam golongan B40 dan Program Mempelai Emas iaitu sumbangan RM500 secara ‘one off’ kepada pasangan pengantin baharu antara intipati Manifesto Perpaduan Pulau Pinang yang dibentangkan, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Perpaduan negeri, Zairil Khir Johari berkata, secara keseluruhannya terdapat 16 tema utama membabitkan 50 manifesto yang bakal memanfaatkan pengundi negeri ini.

“Di bawah tema Syiar Islam Terus Dipertahankan Berteraskan Kerangka Malaysia Madani, bantuan ‘one off’ RM1,000 akan diberikan kepada setiap jemaah haji yang akan menunaikan rukun Islam kelima dan di bawah tema Cakna Kebajikan Rakyat pula, program Mempelai Wmas RM500 akan disumbangkan kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

“Menerusi tema Percambahan Modal Insan, sumbangan komputer riba percuma kepda pelajar daripada golongan B40 yang memperoleh tawaran ke IPTA,” katanya ketika membentangkan Manifesto Perpaduan Pulau Pinang Pulau Pinang 2023 di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula berkata, manifesto yang dibentangkan akan memperkasakan Pulau Pinang ke arah yang lebih gemilang dengan memastikan rakyat terus hidup dalam suasana aman harmoni.

Tambahnya, manifesto terbabit menjadi sebuah mandat baharu yang bukan hanya menyediakan negeri ini ke arah lonjakan kedua ekonomi baru sejajar dengan landasan Ekonomi Madani yang menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bercambah sebanyak enam peratus.

“Malah, ia juga terus menyediakan serta mempelbagaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira usia, latar belakang dan juga organisasi,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI