fbpx

Presiden BAM letak jawatan hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (tengah) ketika mengadakan sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria melakukan kejutan apabila mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebaik sahaja 2023 berakhir.

Beliau membuat pengumuman tersebut pada sidang media khas sebentar tadi bagi menjawab tuduhan bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek.

Mohamad Norza menjelaskan, keputusan itu dibuat selepas beliau mengakui sudah memiliki beberapa nama individu yang dilihat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan beliau bagi mengemudi badan induk itu.

“Saya juga mahu buat pengumuman hari ini bahawa saya akan meletakkan jawatan pada penghujung tahun ini. Sebelum ini saya mengumumkan akan mengundurkan diri selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

“Bagaimanapun, saya sudah ada beberapa nama yang berpotensi (ambil alih jawatan) dan nama-nama tersebut sudah diserahkan kepada Majlis. Kenapa perlu tunggu jika sudah ada calon berpotensi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ABM, di sini sebentar tadi.

Bulan lalu, beliau mengumumkan akan melepaskan jawatan selaku Presiden BAM sebaik sahaja Olimpik 2024 berakhir kerana mahu memberi tumpuan terhadap tugas selaku Presiden Kehormat Badminton Asia dan Ahli Lembaga Majlis Olimpik Asia (OCA).

Selain mahu melepaskan jawatan selaku Presiden BAM, beliau juga pernah menyuarakan hasrat untuk mengundurkan diri daripada jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Dalam pada itu, Mohamad Norza memohon maaf kepada Misbun atas salah faham yang berlaku selepas legenda badminton tanah air itu dipecat daripada jawatan mengendalikan skuad remaja negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI