fbpx

Sistem aduan awam berkaitan jalan raya akan ditambah baik – Alexander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melancarkan satu kempen merangkumi usaha untuk mengatasi isu utama jalan berlubang, rosak dan isu-isu terkait perabot jalan yang lain.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta berkata, melalui kempen itu, beliau mahu memperkukuhkan “No Wrong Door Policy”di mana sistem aduan awam di bawah bidang kuasa KKR juga akan ditambah baik.

Ini kerana katanya, aduan awam yang tidak boleh dipandang sebelah mata dan mempunyai ‘kuasa’ yang tersendiri.

“Saya juga mahu kempen ini berorientasikan tindakan, berlandaskan konsep ‘actions speak louder than words’.

“Saya menyedari kewujudan kempen seumpama ini sebelum ini, namun seperti yang pernah saya nyatakan, polisi yang baik akan saya teruskan dengan memberi suntikan penambahbaikan.

“Inilah yang cuba kementerian laksanakan demi kepentingan rakyat Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Alexander menambah, kempen tersebut juga diharap dapat meningkatkan keterlibatan semua pihak terutama pemain industri, agensi kerajaan, swasta serta rakyat sendiri dalam usaha menjaga jalan raya dan infrastruktur yang berkaitan.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, isu jalan berlubang dan masalah berkaitan infrastruktur serta perabot jalan seperti lampu jalan, papan tanda dan sebagainya, bukanlah perkara baharu di Malaysia.

Katanya, banyak kes seperti ini berlaku sama ada di jalan persekutuan di bawah bidang kuasa KKR mahupun di jalan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Saya memahami masalah ini yang kerap dilaporkan di media massa mahupun media sosial oleh pengguna. Dari hari pertama saya menjejakkan kaki ke KKR, inilah antara perkara yang saya tekankan kepada semua warga kementerian.

“Isu ini mungkin nampak seperti kecil kepada sesetengah pihak, tetapi saya tidak memandang ringan kerana kesannya boleh menyebabkan kemalangan dan kematian. Isu melibatkan nyawa tidak boleh dipandang sebelah mata,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI