fbpx

Polis siasat video tular gadis dipukul dekat tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis giat menjalankan siasatan berhubung satu video tular di media sosial membabitkan seorang wanita muda yang dipukul beberapa individu di tangga.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, video tular berkenaan telah dimuat naik menerusi akaun Facebook ‘Whyman Whyman’ pada 30 Julai lalu.

”Phak polis telah menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun kira-kira pukul 10 malam.

”Lelaki berkenaan menyatakan perempuan yang dipukul dalam video tular berkenaan merupakan anaknya,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Soffian berkata, mangsa berumur 24 tahun telah keluar dari rumahnya di kawasan George Town pada Disember 2022 kerana masalah keluarga.

”Sejak dari itu mangsa tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarganya.

”Sehingga kini tidak dapat dipastikan lokasi kejadian yang berlaku,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (kesalahan merusuh) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kesalahan penggunaan perkhidmatan rangkaian).

”Polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan rakaman video berkenaan untuk mengelakkan sebarang spekulasi.

”Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke IPD Timur Laut untuk membantu siasatan,” tambahnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI