fbpx

Aung San Suu Kyi diberi pengampunan junta Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suu Kyi diampunkan oleh Majlis Pentadbiran Negara dalam lima kes jenayah tetapi perlu menghadapi 14 pertuduhan lain. - AFP

NAYPYIDAW, MYANMAR –  Bekas pemimpin awam Myanmar yang dipenjarakan, Aung San Suu Kyi mendapat pengampunan dalam lima kes jenayah yang disabitkan ke atasnya, walaupun dia masih menghadapi 14 yang lain, kata media junta hari ini.

Junta tentera turut mengumumkan ia mengurangkan tempoh penjara 33 tahun yang sepatutnya dijalani Suu Kyi, sebanyak enam tahun.

“Enam tahun tempoh penjara akan dikurangkan,” kata jurucakap junta, Zaw Min Tun sambil menambah, pengurangan itu berkaitan dengan lima daripada 19 kes jenayah yang dihadapi ikon demokrasi berusia 78 tahun itu.

Pengumuman itu adalah sebahagian daripada pengampunan diberikan terhadap lebih 7,000 banduan sebagai menyambut Hari Buddha Lent.

“Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara mengampuni Aung San Suu Kyi yang sebelum ini dijatuhi hukuman oleh mahkamah berkaitan,” kata laporan media pemerintah.

Suu Kyi yang ditahan sejak digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2021 telah dijatuhi hukuman penjara 33 tahun atas pelbagai tuduhan termasuk rasuah, memiliki ‘walkie- talkie’ haram dan melanggar sekatan Covid-19.

Tambah laporan berkenaan, meskipun pemimpin itu telah diampunkan dalam lima kes tetapi dia akan berdepan 14 tuduhan yang lain.

Sejak kudeta tentera pada Februari 2021, Myanmar terjerumus ke kancah konflik yang telah menyebabkan lebih satu juta orang kehilangan tempat tinggal, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI