fbpx

Anwar pengerusikan mesyuarat kaji semula SSPA Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengadakan mesyuarat bagi kajian semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada 7 Ogos (Isnin depan).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, perbincangan itu akan dilaksanakan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kajian tersebut sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia Madani.

“JPA sedang memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh kementerian, jabatan dan agensi yang digerakkan mulai 26 Julai lalu melalui beberapa sesi libat urus JPA.

“Ia merangkumi enam kluster iaitu Keselamatan, Kesihatan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknikal serta Pengurusan,” kata kenyataan itu hari ini.

JPA berkata, bagi memastikan cadangan penambahbaikan yang diterima bersifat terangkum serta inklusif, jabatan berkenaan membangunkan portal khusus bagi menerima input daripada seluruh penjawat awam.

Jelasnya, segala cadangan penambahbaikan serta pembaharuan boleh dikemukakan melalui portal kajian SSPA menerusi laman sesawang https://semakansaraan.jpa.gov.my.

“JPA komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif bagi memastikan perkhidmatan awam berdaya tahan dalam mendepani cabaran di masa hadapan,” katanya.

Pada 14 Julai lalu, kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem itu dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI