fbpx

Ibu panik sejam tersangkut dalam buaian kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leala gagal melepaskan buaian itu selepas menggunakannya selama 10 minit. - SWNS

LONDON – Seorang wanita di Britain menanggung malu selepas tersangkut pada buaian kanak-kanak di sebuah taman permainan selama lebih sejam, lapor akhbar Daily Star semalam.

Leala Vanbest, 22, dari Southend, Essex sedang bersantai bersama rakan dan seorang anak perempuannya di taman itu apabila dia memutuskan untuk bermain buaian.

Leala bagaimanapun gagal keluar daripada buaian itu selepas menggunakannya selama 10 minit. Dengan bantuan rakan dan penjunjung tidak dikenali, buaian itu masih gagal dilepaskan.

Kejadian itu dilaporkan kepada balai bomba berdekatan sebelum empat anggota menaiki jentera lengkap dengan siren dan lampu kecemasan tiba 10 minit kemudian. 

Pasukan itu terpaksa merosakkan buaian tersebut selepas gagal mengeluarkan Leala. 

“Saya terperangkap selama sejam. Semua orang ketawa dan kemudian jentera bomba tiba. Penduduk sekitar membuka pintu rumah untuk melihat saya.

“Saya lega kerana berjaya melepaskan diri, namun di sini terdapat ramai kanak-kanak tetapi hanya satu buaian yang tinggal,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI