fbpx

UEFA kenakan Juventus pengharaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS tidak dibenarkan beraksi pada kancah saingan Eropah selepas didapati melanggar FFP selain turut berdepan denda. - AFP

PARIS – Kelab gergasi Serie A, Juventus bagaikan ‘jatuh ditimpa tangga’ selepas diharamkan bersaing daripada kancah Eropah pada musim depan kerana pelanggaran Peraturan Kewangan Adil (FFP) sejak beberapa musim lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), kelab The Old Lady itu turut dikenakan denda sebanyak AS$22 juta (RM100.1 juta) tetapi hanya perlu membayar separuh jumlah secara tunai.

Separuh denda lagi telah ditangguhkan dengan UEFA akan meneliti laporan FFP pada tiga tahun berikutnya dengan hukuman penggantungan pada kejohanan Eropah selama semusim.

“Juventus telah melanggar peraturan FFP dan dikenakan denda sebanyak AS$22 juta. Pasukan itu juga diharamkan daripada terlibat pada saingan Eropah musim 2023/2024,” kata kenyataan tersebut.

Juventus yang menamatkan saingan Serie A di tempat ketujuh musim lepas sepatutnya layak bersaing dalam Liga Konferens Eropah, tetapi kini slot tersebut diberikan kepada kelab di kedudukan kelapan, Fiorentina.

Sementara itu, Presiden Juventus, Gianluco Ferrero menerima keputusan itu dengan tangan terbuka dan harap hukuman itu dapat menaikkan lagi motivasi pasukan untuk bersaing dengan lebih kompetitif musim depan.

“Kami kecewa dengan keputusan yang diberikan oleh UEFA tetapi itu tidak menghalang kami untuk berikan yang terbaik pada musim baharu nanti.” kata Ferrero. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI