fbpx

F1: Alpine putuskan singkir dua ‘orang kuat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZAFNAEUR

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium – Pasukan Formula Satu (F1), Alpine Racing mengesahkan bahawa prinsipal pasukan, Otmar Szafnauer dan pengarah sukan, Alan Permane akan me­ninggalkan pasukan itu selepas perlumbaan Grand Prix (GP) Belgium berakhir.

Alpine menegaskan Szaf­nauer akan meneruskan kerjanya sepanjang perlumbaan berlangsung di Spa-Francorchamps sebelum meninggalkan pasukan menjelang cuti musim panas pada Ogos nanti.

Pengarah Akademi Alpine, Julian Rouse diangkat sebagai pengganti sementara, manakala Matt Harman mengetuai pasukan teknikal di Enstone.

Difahamkan keputusan tersebut diambil untuk meningkatkan kembali pasukan itu selepas Alpine dikatakan memperoleh suntikan kira-kira €200 juta (RM1.02 bilion) daripada sekumpulan pelabur, termasuk pelakon Hollywood, Ryan Reynolds yang membeli saham pasukan tersebut.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Szafnauer atas kerja kerasnya sepanjang 18 bulan lalu dan kerana menge­tuai pasukan dalam mencapai tempat keempat kategori pengeluar pada musim 2022.

“Pasukan mengucapkan terima kasih kepada Permane atas usaha kerja kerasnya selepas 34 tahun cemerlang di Enstone. Kami di sini mendoakan yang terbaik untuk masa depan kedua-dua mereka,” kata Alpine yang menegaskan keputusan tersebut diambil hasil persetujuan bersama.

Untuk rekod, Szafnauer me­nyertai Alpine pada Februari tahun lalu selepas meninggalkan tugasnya sebagai Prinsipal Pasukan Aston Martin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI