fbpx

Bakal ibu mentua Shila Amzah meninggal dunia sebab kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Rohani Jamal (kiri) meninggal dunia pukul 6.45 petang tadi disebabkan kanser.

PETALING JAYA – Bakal ibu mentua penyanyi Shila Amzah iaitu Rohani Jamal meninggal dunia disebabkan kanser pukul 6.45 petang tadi.

Berita hiba tersebut dikongsikan Shila dan tunangnya, Ubai menerusi media sosial masing-masing.

“Mak saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pukul 6.45 petang tadi.

“Hilangnya doa seorang ibu. Berat dugaan ini untuk Ubai tapi, Ubai reda. Berehatlah mak. Mak seorang ibu yang baik. Semua orang senang dengan mak,” kongsi Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli.

Shila turut berkongsi berita pemergian Allahyarham Rohani menerusi hantaran terbaharu Instagramnya.

“Lagi seminggu sahaja mak majlis Ubai dan Sha. Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.

“Sha sayang mak Lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi,” coret pelantun lagu Patah Seribu itu.

Difahamkan, jenazah dikebumikan di Bukit Tandang, Petaling Jaya, Selangor malam ini.

Isnin lalu, Ubai memaklumkan ibunya ditidurkan selepas tahap kesihatannya tiba-tiba merosot selepas menjalani lima kitaran radioterapi.

8 Julai lalu, Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim.

Menurut Ubai, ibunya itu disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga dan sudah melakukan pembedahan membuang sel kanser Januari lalu.

Ubai dan Shila bakal mendirikan rumah tangga Ogos ini dan perkara itu didedahkan kepada media baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI