fbpx

PRN: Annuar Musa solat hajat, iring tiga calon Pas di Ketereh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (saf kedua, dua dari kiri) selepas menunaikan solat hajat bersama-sama calon PRN di luar Dewan Majlis Daerah Ketereh, Kota Bharu hari ini. -Foto ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa meluangkan masa bersolat hajat dan mengiringi tiga calon Pas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Kadok dan Melor pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Selain Annuar, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Mejar Jeneral (B) Khlir Mohd. Nor turut hadir memberikan sokongan kepada ketiga-tiga calon itu.

Perikatan Nasional (PN) Parlimen Ketereh menunaikan solat hajat kira-kira pukul 8.23 pagi sebaik tiba di perkarangan Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Ketereh, di sini.

Pas menampilkan Datuk Azami Mohd. Nor bagi kerusi DUN Kadok, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi (Kok Lanas) dan Wan Rohimi Wan Daud (Melor). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI