fbpx

Model pipi terbesar dunia tidak serik jalani pembedahan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pokreshch menjalani lagi pembedahan plastik di sebuah hospital di Turkiye baru-baru ini. - Foto Instagram/justqueen88

ANKARA, Turkiye – Seorang model asal Ukraine yang dipercayai mempunyai pipi terbesar di dunia akibat pembedahan plastik kembali menjalani pembedahan kosmetik tersebut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Anastasiia Pokreshch yang berusia 33 tahun dan berasal dari Kiev, telah beberapa kali menjalani pembedahan plastik.

Dia mula menjalani prosedur kecantikan itu ketika berusia 26 tahun dan obsesi tersebut masih belum berakhir.

Wanita itu mendapat banyak pujian daripada peminat yang gemar melihat penampilan ekstremnya. Mereka bagaimanapun turut mengambil berat tentang keadaan kesihatannya.

Sebelum ini, model tersebut mengaku masih mahukan pipi yang lebih besar, lapor akhbar The Mirror.

Dalam video yang disiarkan di laman Instagram baru-baru ini, Pokreshch dilihat terbaring di katil hospital selepas pembedahan terbaharunya, iaitu bagi membesarkan payu dara.

Video itu mempunyai hampir 5000 tanda suka dan 900 komen dengan kebanyakan netizen supaya  menggesa dia berhenti menjalani pembedahan plastik.

Dia membuat pembedahan plastik itu di Turkiye baru-baru ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI