fbpx

Suami dituduh subahat arah lelaki paksa isteri seks luar tabii

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang suami didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dengan seorang tukang urut lelaki untuk melakukan seks luar tabii terhadap isterinya, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 41 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat bersubahat dan mengarahkan bersama-sama seorang lelaki memaksa isterinya berusia 40 tahun untuk melakukan perbuatan seks luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan tanpa kebenaran mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Sentul di sini antara pukul 8.30 malam hingga 10 malam pada 13 Julai lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377CA kanun sama yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip manakala tertuduh diwakili peguam Ashraf Fahmi Abdul Aziz.

Hakim Siti Aminah kemudian membenarkan tertuduh diijat RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat selain tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 September ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, seorang lagi tertuduh iaitu tukang urut itu yang berusia 42 tahun turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan perhubungan seks dengan wanita sama dengan memasukkan jari dalam kemaluan mangsa tanpa kebenaran.

Kesalahan itu dilakukan pada tempat, masa dan tarikh yang sama yang didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Norina Zainol kemudian membernarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dan menetapkan 5 September ini untuk sebutan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI