fbpx

Singapura gantung pesalah wanita pertama dalam tempoh 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Singapura semalam menggantung seorang rakyatnya yang berusia 45 tahun kerana kesalahan mengedar dadah sekali gus pelaksanaan hukuman mati pertama ke atas wanita dalam tempoh 20 tahun, kata beberapa pegawai.

“Hukuman mati yang dikenakan terhadap Saridewi Binte Djamani dilaksanakan pada 28 Julai 2023,” kata Biro Narkotik Pusat dalam satu kenyataan.

Saridewi didapati bersalah mengedar ‘tidak kurang 30.72 gram’ heroin, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang mewajarkan hukuman mati di Singapura.

Wanita itu yang dijatuhi hukuman mati pada 2018, ‘diberikan prosedur penuh di bawah undang-undang dan diwakili peguam sepanjang proses tersebut,’ tambah biro sama.

“Dia merayu keputusan dan hukuman terhadapnya dan Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuan tersebut pada 6 Oktober 2022,” kata biro berkenaan sambil menambah, rayuan pengampunan oleh Presiden Singapura juga telah ditolak.

Saridewi ialah wanita pertama yang menjalani hukuman mati di Singapura sejak 2004, kata Biro Pusat Narkotik.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI