fbpx

Rayu bina simpang susur WCE Kampung Asahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rizam (tengah) dan Cat Keong (topi merah) berada di tapak cadangan bagi persimpangan itu di Kampung Asahan, Kuala Selangor, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

KUALA SELANGOR – Ribuan penduduk daerah ini termasuk Bestari Jaya merayu pembinaan simpang susur keluar masuk Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) di laluan berdekatan Kampung Asahan, di sini.

Persimpangan itu bagi kemudahan pengguna jalan raya merentasi Jalan Kuala Selangor-Kampung Kuantan-Bestari Jaya-Rawang yang mampu memendekkan jarak perjalananan dan kesesakan teruk lalu lintas.

Selain itu, ia mampu merancakkan ekonomi setempat di kawasan tersebut yang mempunyai tarikan pelancongan seperti Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Selangor Fruit Valley (SFV) dan pelbagai lokasi lain.

Penduduk, Mohd. Rizam Ismail, 46, pihaknya menyambut baik inisiatif kerajaan membina WCE yang menghubungkan Selangor dan Perak.

“Namun susur keluar masuk di Assam Jawa dan Batu 9, Tanjong Karang amat jauh sehingga lebih 20 kilometer (km) sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

“Justeru, penduduk mencadangkan binaan persimpangan lebuh raya itu berhampiran Kampung Asahan yang menghubungkan lebih 10 kampung di Kuala Selangor dan Bestari Jaya,” kata pengawal keselamatan itu ketika ditemui di tapak binaan WCE di sini, hari ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan melaporkan pembinaan WCE yang merentasi jajaran Banting, Selangor ke Taiping Selatan, Perak telah siap 88 peratus.

Bagi penduduk, Mohd. Hafizuddin Zukeri, 35, persimpangan itu turut akan menjimatkan lagi masa dan jarak perjalanan pengguna lebuh raya tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pantai Selangor, Tan Cat Keong berkata, cadangan persimpangan itu bukan saja memudahkan penduduk, malah dapat menggalakkan pelbagai aktiviti ekonomi dalam sektor perniagaan, perindustrian dan pelancongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI