fbpx

PRN: Muda tak jadi hantar calon DUN Repah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iswan.

SEREMBAN – Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan Iswan Ishak tidak akan bertanding di bawah parti berkenaan dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah.

Jawatankuasa Pilihnaraya Parti Muda memaklumkan walaupun sebelum ini Iswan diumumkan sebagai calon Parti MUDA untuk kerusi berkenaan, namun setelah perbincangan, beliau telah mengambil keputusan untuk menarik diri atas sebab-sebab peribadi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara Iswan atas kerjasama yang diberikan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” katanya, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Iswan yang merupakan Timbalan Pengerusi untuk Persatuan Perintis Bakat, Seni dan Pembikin Kandungan, serta Persatuan Perintis Sukan Elektronik Selangor diumumkan sebagai antara 20 calon yang akan bertanding PRN di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Seramai 14 calonnya akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, diikuti tiga di Pulau Pinang, Negeri Sembilan (dua) dan Terengganu (satu).

Dua calon yang dipertaruh di Negeri Sembilan ialah Ketua Biro Mobilisasi Muda Negeri Sembilan, Ahmad Qusyairi Abdull Rahim, 34, (Temiang) dan pempengaruh media sosial, Muhammad Noriswan Bin Ishak, 32, (Repah). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI