fbpx

Penyokong ‘Bossku’ sokong PN, hilang kepercayaan kepada Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Muhammad Imran (tengah) mengesahkan mereka akan menyokong PN dalam PRN kali ini dalam satu sidang akhbar semalam.

PUTRAJAYA – Penyokong ‘Bossku’ mengesahkan akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini selain menegaskan telah hilang kepercayaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, sebagai ahli UMNO mereka telah hilang kepercayaan kepada Ahmad Zahid kerana menjadikan parti itu sebagai milik individu.

Katanya, sesiapa sahaja yang menyuarakan pendapat bertentangan akan dipecat atau digantung.

“Kami dengan ini menzahirkan sokongan kepada PN dan menyeru semua ahli untuk bersama menyokong PN. Mari kita jadikan PRN sebagai referendum dan pungutan suara tidak percaya kepada Ahmad Zahid.

“Sokongan kepada PN diharap membangkitkan semula keadilan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana kami percaya konflik kepentingan hakim yang ditemui menuntut supaya proses keadilan dilaksanakan semula,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mengulas lanjut, katanya, pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO perlu dilakukan secepat mungkin selepas merasa tertipu berhubung tindakan mengekalkan kedudukan dengan mendapatkan kebenaran khas.

“Kami sudah tidak selesa apabila Ahmad Zahid terus mempergunakan penyokong untuk menyokong beliau dengan menunggang nama Najib.

“Semoga PN dapat membawa balik kesatuan ummah dan menolak penguasaan DAP yang merupakan musuh tradisi UMNO. Harapnya kepimpinan PN akan menyambut tangan kami untuk bersama,” jelasnya.

Sebelum ini, penyokong Najib didakwa bakal beralih sokongan kepada PN dalam PRN tidak lama lagi jika keadilan untuk bekas Perdana Menteri tidak ditegakkan.

Ini kerana, mereka berasa kecewa selepas keadilan untuk Najib yang dimohon kepada Kerajaan Madani sehingga sekarang tidak dipedulikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI