fbpx

PRN: Saya bukan lari dari Bukit Antarabangsa – Azmin Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin

PETALING JAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau lari dari kerusi asalnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Ini kerana kata bekas Menteri Besar Selangor itu, Hulu Kelang merupakan kerusi pertama beliau sejak mendapat mandat rakyat pada tahun 1999.

Jelasnya, DUN Hulu Kelang itu juga merupakan salah sebuah DUN di bawah Parlimen Gombak.

“Saya nak tegaskan Hulu Kelang merupakan kerusi pertama yang saya mendapat mandat rakyat semenjak tahun 1999.

“Ketika saya menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal iaitu mulai tahun 2008 sehingga baru-baru ini. Hulu Kelang adalah sebahagian daripada Parlimen tersebut.

“Jadi tidak timbul (isu) saya lari dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Sebagai pemimpin kita sedia memberi khidmat di mana jua yang diperlukan oleh rakyat,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon PN Selangor di Padang Awam MBPJ Taman Medan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beliau lari daripada kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang disandang beliau.

Dalam pada itu, ketika diminta mengenai calon Menteri Besar Selangor sekiranya PN berjaya memenangi PRN Selangor, Mohamed Azmin berkata, mereka hanya memberi fokus terutama kepada menyelesaikan masalah rakyat.

“Itu harus menjadi keutamaan kita (PN), bukannya kuasa ataupun kedudukan.

“Maka untuk melaksanakan dasar-dasar peduli rakyat, kita (PN) harus menang dalam PRN. Maka itu adalah arahan yang sudah diberikan kepada semua calon dan jentera,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI