fbpx

PRN: Sanusi pertahan DUN Jeneri, Baddrol Bakhtiar sah calon DUN Gurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi dan Baddrol

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri bagi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada 12 Ogos ini.

Selain Pengarah Pilihan Raya PN itu, bekas Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar diumumkan sebagai calon DUN Gurun.

Sementara bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). Prof Dr. Haim Hilman diumumkan bertanding di DUN Jitra.

Seramai 36 calon pelbagai latar belakang itu diumumkan pada Majlis Pengisytiharan calon PN bagi DUN Kedah di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, di sini malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI