fbpx

Mbappe sanggup jadi pemain simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE mengakui tidak berminat ke Arab Saudi dan sedia memanaskan bangku simpanan PSG musim depan bagi menantikan kontraknya berakhir. - AFP

PARIS – Penggempur sensasi Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe dilaporkan sanggup memanaskan bangku simpanan pasukan itu sepanjang musim depan sekiranya itu hukuman yang perlu ditanggung kerana enggan menandatangani kontrak baharu.

Pemain antarabangsa Perancis itu mempunyai baki 12 bulan sahaja lagi di Parc des Princes, namun enggan menerima tawaran perjanjian baharu bersama pasukan itu yang turut meletakkan tanda harga yang tinggi untuk melepaskannya.

Dilaporkan, Mbappe bersedia untuk menjadi ‘penonton’ sepanjang musim depan sehingga kontraknya bersama PSG berakhir pada Jun untuk membolehkannya berhijrah menyertai pasukan idamannya, Real Madrid.

Biarpun dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi selepas Al-Hilal menyatakan minat terhadap khidmatnya, Mbappe mengakui dia langsung tidak tertarik dengan tawaran lumayan berkenaan dan mahu terus kekal di Eropah.

Al-Hilal dilaporkan sedia mengemukakan bidaan yang lebih tinggi berbanding rekod dunia yang dipegang Neymar sebanyak £198 juta (RM1.1 bilion) bagi mendapatkan Mbappe, malah sedia memberikan pendapatan sehingga lebih RM2 bilion untuk kontrak dua tahun pemain itu.

PSG yang enggan kehilangan Mbappe kepada Real secara percuma musim depan mungkin sedia membuat pertimbangan untuk menerima tawaran daripada Al-Hilal.

Kelab gergasi Arab Saudi itu ketika ini sudah berjaya mendapatkan khidmat beberapa pemain berprofil tinggi antaranya Ruben Neves, Kalidou Koulibaly, Sergej Milinkovic-Savic, selain turut menyasarkan Aleksandr Mitrovic dari Fulham. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI