fbpx

122 barang kes jenayah dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelupusan 122 barang kes jenayah dari tahun 2016 sehingga 2020 dilakukan Polis Daerah Muar pagi ini.

MUAR – Sebanyak 122 barang kes jenayah telah dilupuskan oleh Polis Daerah Muar di perkarangan pejabat logistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pelupusan tersebut membabitkan barang am jenayah dilupuskan secara serahan kepada kontraktor yang dilantik oleh jabatan alam sekitar.

“Semua barang kes ini telah selesai siasatan dan jatuh hukuman serta mendapat arahan pelupusan dari mahkamah. Barang-barang kes ini adalah dari tahun 2016 sehingga 2020 dengan sebanyak 122 folder barang kes am jenayah dilupuskan.

“Antara barang lupusan adalah 121 buah telefon pelbagai jenama, 126 buah komputer, 12 buah speaker, 14 buah amplifier dan tujuh buah modem,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Raiz, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kegiatan jenayah mengikut undang-undang ke atas mereka yang terlibat.

Pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah di sekitar mereka.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI