fbpx

Dua bersaudara ditahan berkaitan projek bekalan bantuan banjir RM900,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk bekas pengurus operasi sebuah yayasan ditahan selepas disyaki terlibat salah guna kuasa, hari ini.

Ini melibatkan pembekalan barangan keperluan mangsa banjir dengan nilai projek berjumlah RM900,000 pada tahun lalu.

Menurut sumber, penahanan kedua-dua suspek berusia 30an itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, suspek pertama merupakan bekas pengurus operasi sebuah yayasan dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya untuk mengesyorkan syarikat milik suspek kedua.

“Kedua-dua mereka mempunyai hubungan persaudaraan bagi membekalkan barangan tersebut pada tahun lalu,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi esok, untuk permohonan reman,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI