fbpx

Tapak pelupusan sampah terbakar 9,000 kali sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alias (tengah) merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran peringkat Terengganu sambil diperhatikan Nor Hisham (kiri) di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kes pembakaran di tapak pelupusan sampah di seluruh negara semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini dengan purata 1,500 kebakaran direkodkan setiap bulan sejak awal tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, sebanyak 9,000 kes kebakaran di tapak perlupusan sampah direkodkan sehingga bulan lalu.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan tapak pelupusan sampah tersebut merangkumi 45.9 peratus daripada keseluruhan 19,620 kes kebakaran dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Kebanyakan kes kebakaran di tapak perlupusan sampah dipercayai disebabkan kumpulan pencari sampah.

“Mereka mencari barang-barang terpakai berharga dan boleh dijual di tapak pelupusan sampah sebelum membakar sampah-sampah lain yang kemudiannya merebak,” katanya pada Seminar Keselamatan Kebakaran peringkat Terengganu di sini hari ini.

Seminar yang dihadiri 400 pemilik premis kerajaan dan swasta itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr. Alias Razak.

Kosmo! Online 13 Julai lalu melaporkan lebih satu hektar kawasan pusat pelupusan sampah milik Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di Kampung Mak Chili, Kemaman terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata, kebakaran tapak pelupusan sampah itu disyaki disebabkan pembakaran sampah tanpa kawalan oleh pencari barangan terpakai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI