fbpx

Pelombong emas maut dihempap batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi seorang pelombong emas maut selepas dihempap batu di Sungai Kadir berhampiran Kampung Sungai Temau di Lipis semalam.

LIPIS – Seorang lelaki maut selepas dihempap batu semasa melombong emas di Sungai Kadir berhampiran Kampung Sungai Temau di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Suhaimi Sudin, 44, dikatakan pergi ke kawasan sungai berkenaan bersama dua lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4.30 petang yang memaklumkan kejadian tersebut.

“Sebelum kejadian mangsa bersama dua lelaki mereka pergi ke kawasan itu dipercayai untuk melombong emas. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Lipis di sini untuk dibedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, dua rakan mangsa tidak mengalami kecederaan dan siasatan sedang giat dilakukan.

Siasatan awal mendapati kawasan melombong itu merupakan anak Sungai Kadir terletak kira-kira tiga kilometer dari Felcra Sungai Temau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI