fbpx

Pecah masuk bawa lari telefon bimbit, kad tambah nilai prabayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai telekomunikasi yang berselerak dipercayai dipecah masuk di Kampung Sungai Tong, Setiu, Isnin lalu.

SETIU – Seorang peniaga kedai telekomunikasi berputih mata kerugian dianggarkan puluhan ribu ringgit selepas premis perniagaannya di Kampung Sungai Tong, di sini, disyaki dipecah masuk pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Husin berkata, kejadian itu disedari ketika mangsa yang berusia 42 tahun itu hendak memulakan perniagaan pada pada pukul 9 pagi.

“Pemeriksaan mendapati 17 unit telefon bimbit pelbagai jenama serta 500 keping kad tambah nilai prabayar berharga RM10 setiap satu telah hilang dipercayai dicuri.

“Pemeriksaan kemudiannya mendapati sebahagian gril tingkap premis perniagaan mangsa telah dipotong,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Afandi berkata, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pula menunjukkan kelibat seorang lelaki tidak dikenali telah memasuki kedai itu pada pukul 6.30 pagi, 17 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI