fbpx

Wanita hamil maut trak pikap langgar aligator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aligator tersebut mati selepas dilanggar. - Pejabat Syerif Daerah Refugio

AUSTIN, TEXAS – Seorang wanita hamil dan bayi dalam kandungannya terbunuh selepas trak pikap yang dinaiki terbalik kerana melanggar seekor aligator yang sedang melintas jalan, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Gabrielle Breaux, 33, ketika kejadian sedang memandu di Lebuhraya Negeri 35, daerah Refugio, Texas pada pagi Ahad lalu apabila dia melanggar reptilia itu.

Trak tersebut dinaiki Breaux bersama seorang lagi penumpang dewasa dan tiga kanak-kanak. Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan.

Pejabat Syerif Daerah Refugio berkata, pasukannya bergegas ke lokasi kemalangan melibatkan sebuah trak pikap dan seekor aligator sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan). 

Menurut jurucakap Jabatan Keselamatan Awan Texas, Harold Mallory, Breaux dibawa ke Hospital DeTar di Victoria sebelum disahkan meninggal dunia sekitar pukul 5.45 pagi (waktu tempatan).

Usaha menyelamatkan bayi dalam kandungannya bagaimanapun gagal, manakala empat mangsa lain yang cedera akibat kemalangan itu dijangka pulih tidak lama lagi.

Gambar dikongsi oleh pejabat syerif memaparkan sebuah trak pikap berwarna hitam terbabas ke kawasan berhampiran semak, selain imej berlainan menunjukkan bangkai seekor aligator di tengah jalan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI