fbpx

Dua tercampak, Land Cruiser terbabas masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang maut manakala dua cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan dinaiki terbabas masuk ke dalam gaung dalam kejadian di Jalan Kampung Kiapad, Kionsom, Inanam, awal pagi tadi. -Foto IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seorang maut manakala dua individu cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas masuk ke dalam gaung di Jalan Kampung Kiapad, Kionsom, Inanam di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.35 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia ialah Omar Mahilin, 39, yang merupakan penumpang hadapan kenderaan jenis Land Cruiser, manakala pemandunya berusia 29 tahun parah.

Seorang lagi penumpang belakang iaitu wanita berusia 42 tahun pula dilaporkan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan mendapati kenderaan dinaiki mangsa bersama dua lagi rakannya dari arah Kampung Kiapad menuju ke Pekan Inanam.

“Kenderaan dinaiki mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas jatuh ke dalam gaung. Pemandu dan penumpang belakang tercampak keluar daripada kenderaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI