fbpx

Lelaki ditahan cuba seleweng 1,800 liter diesel bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lori didapati mempunyai tangki tambahan berisi diesel disyaki untuk diseleweng di sebuah stesen minyak di Lunas, Kulim pada semalam.

KULIM – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 1,800 liter diesel yang disyaki untuk diseleweng di sebuah stesen minyak di Lunas, di sini semalam.

Serbuan Ops Tiris itu dilakukan sepasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Kulim hasil maklumat orang awam dan risikan dilakukan kira-kira pukul 5.50 petang.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, serbuan mendapati terdapat sebuah lori jenis Isuzu yang sedang mengisi diesel bersubsidi di stesen minyak berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal menemui tangki tambahan yang diletakkan di dalam badan lori tersebut.

“Diesel yang diisi ke dalam tangki kenderaan itu disedut naik dengan menggunakan pam ke dalam tangki tambahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, lori berkenaan kemudian disita bersama 1,800 liter diesel yang telah diisi ke dalam tangki tambahan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI