fbpx

Hutang Felda: Anwar sedia kemuka bukti tandatangani kelulusan pelupusan hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis di Tanjong Karang malam tadi. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sedia mengemukakan bukti beliau sudah menandatangani kelulusan pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 27 Jun lalu.

Perdana Menteri berkata, beliau bersedia menunjukkan bukti tandatangan kelulusan itu dan menuntut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf sekiranya perkara itu benar.

“Ini masalah orang politik, senang sahaja tuduh bohong (dan) kemudian cabar minta fakta.

“Insya-Allah, sebelum saya ke Vietnam esok, saya hubungi KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) untuk memberi contoh itu dan saya minta dia (Muhyiddin) minta maaf secara terbuka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang di Jalan Sekolah Kampung Raja Musa, Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Semalam, media melaporkan Muhyiddin mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Anwar berhubung kenyataan pelupusan hutang peneroka Felda selain menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Perdana Menteri.

LOD disediakan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership bertarikh 18 Julai 2023 (Selasa) itu dihantar ke dua alamat Anwar iaitu di kediamannya di Kajang, Selangor dan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Menerusi dokumen itu, firma berkenaan menyatakan, Anwar yang juga Menteri Kewangan membuat kenyataan fitnah dengan niat mencemar, menjatuhkan atau merosakkan reputasi Ahli Parlimen Pagoh itu.

Dalam pada itu, ditanya tempoh diberikan kepada Muhyiddin untuk memohon maaf secara terbuka, Anwar berkata, perkara berkenaan terserah kepada bekas Perdana Menteri itu asalkan beliau tenang.

“Saya ingat tandatangan (pelupusan hutang peneroka Felda) RM990 juta pada 27 Jun,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI