fbpx

[VIDEO] Pulangkan duit tercicir RM30,000 walaupun 1 sen – Mufti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video wang tunai terjatuh dari sebuah kereta.

KUALA TERENGGANU – Mufti Terengganu, Datuk Dr. Mohamad Sabri Haron menasihatkan individu yang terambil sebahagian wang tunai RM30,000 milik seorang tukang gunting yang tercicir di Kampung Lak Lok, Besut pada minggu lalu agar segera memulangkannya.

Beliau berkata, perbuatan mengambil wang orang lain tanpa kebenaran adalah haram dan berdosa besar.

“Haram hukumnya sebab bukan hak kita walaupun ambil sedikit, satu sen sekalipun.

“Orang yang sudah mengambil wang berkenaan, kena cari balik tuan punya, kembalikan wang itu kepada yang berhak. Itu sepatutnya dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kosmo! Online 17 Julai lalu melaporkan Wan Ibrahim Wan Leh, 24, kemurungan selepas mendakwa wang tunai RM30,000 yang merupakan sebahagian simpanannya sejak empat tahun lalu tercicir di Jalan Kota Bahru-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Lak Lok di sini pada minggu lalu.

Wang tunai yang didakwa diletakkan tanpa sengaja di atas but kereta Honda Civic dipandu tukang gunting itu pada pukul 11 pagi.

Setakat ini, cuma kira-kira RM1,000 wang tunai yang tercicir tersebut telah dipulangkan semula kepada keluarga Wan Ibrahim.

Mohamad Sabri memberitahu, berdasarkan sejarah, Nabi Muhammad pernah melarang seorang sahabat yang ingin mengambil tali kasut yang merupakan harta rampasan perang belum diagihkan (harta ghanimah) selepas berakhirnya satu peperangan.

Jelas beliau, Rasulullah menegah demikian kerana perbuatan tersebut haram yang dilarang Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI