fbpx

Victor Osimhen terus kekal di Napoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSIMHEN dikaitkan dengan beberapa pasukan gergasi Eropah, namun tanda harga yang diletakkan menyebabkan dia mungkin kekal bersama Napoli. - AFP

NAPLES – Pengurus Napoli, Rudi Garcia memberikan khabar kecewa buat beberapa kelab gergasi Eropah apabila memberi bayangan penyerang utamanya, Victor Osimhen akan terus kekal di Stadium Diego Armando Maradona musim depan.

Sebelum ini, penyerang Nigeria itu telah membantu Napoli menamatkan penantian 33 tahun kelab itu untuk menjuarai Serie A dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris selepas dikaitkan dengan Manchester United.

Musim lalu, Osimhen meledak 26 gol dan mencipta empat bantuan jaringan sekaligus ramai yang mengatakan sekarang adalah masa sesuai untuknya mencari cabaran baharu bersama kelab lain.

Ketika pemain itu, dia turut dikaitkan dengan Bayern Munich, namun Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis pula mendakwa hanya Paris Saint-Germain yang mempunyai dana untuk mendapatkan tandatangan Osimhen yang kini masih memiliki kontrak dua musim lagi.

Garcia yang hadir ke kelab itu bagi menggantikan Luciano Spalletti menegaskan tiada sebarang keraguan untuk menyaksikan Osimhen kekal di Napoli.

“Sudah pasti saya sudah bercakap dengannya dan saya boleh beri jaminan yang dia juga ahu kekal. Dia gembira untuk bersama kami dan mahu terus melakukan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Dalam masa sama, De Laurentiis juga berkemungkinan akan menawarkan kontrak baharu kepada pemain itu bagi menjaga nilai semasa Osimhen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI