fbpx

Tampak berisi, anak Zarina Zainuddin diminta diet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal dinasihatkan untuk kurus.

PETALING JAYA – “Suruh dia dietlah. Takut nanti jadi obesiti”.

Itu kata netizen terhadap pelakon Zarina Zainuddin apabila dia berkongsi video menunjukkan anaknya, Muhammad Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal tidak berbaju hingga menampakkan tubuh berisi.

Dalam video tersebut, anak muda berusia 23 tahun itu sedang menyanyikan lagu kebangsaan negara jiran iaitu Majulah Singapura dengan lancar.

Rata-rata dilihat rancak meninggalkan komen menasihati anak ketiga Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Mohd. Zainuddin agar menurunkan berat badan.

“Azal anak yang sihat. Janganlah biarkan dia gemuk. Ajak dia berolahraga supaya tidak sakit,” komen peminat.

“Mungkin agak kurang karbohidrat dan lebihkan makan sayur-sayuran dalam menu. Kalau berat badan terjaga, insya-Allah lebih sihat,” kata netizen.

“Azal bila mahu pergi gimnasium lagi? Bukankah sebelum ini bersemangat mahu bersenam?,” soal pengikut.

Tinjauan Kosmo! Online dalam Instagram Zarina mendapati pelakon drama i-Tanggang itu tidak memberikan sebarang respons berhubung tohmahan netizen terhadap anaknya.

Bagaimanapun, selain kritikan mengenai fizikal Azal, ada juga pengikut yang memuji nyanyian anak Zarina itu.

“Wah sejak ulang alik Singapura sudah pandai menyanyikan lagu kebangsaan kita,” luah peminat.

Tahun lalu, Azal pernah terpalit dalam kontroversi apabila ada individu tidak bertanggungjawab meletakkan maklumat dirinya sebagai orang gila dalam laman Wikipedia.

Azal adalah putera sulun Zarina yang turut mempunyai kembar bernama Azil hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Selain pasangan kembar yang disahkan menghidap autisme itu, aktres itu turut dikurniakan dua lagi putera, Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI